Home Semasa COVID-19: 98 korban terbaharu, 844 dirawat di ICU

COVID-19: 98 korban terbaharu, 844 dirawat di ICU

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 98 lagi korban akibat penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, penambahan kes kematian tersebut menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia meningkat kepada 2,650 orang.

“Kes kematian melibatkan 27 kes di Selangor, masing-masing 14 kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 8 kes di Kedah serta Negeri Sembilan,

“Manakala masing-masing 5 kes di Pulau Pinang dan Sarawak, 4 kes di Sabah dan Terengganu, 3 kes di Pahang, masing-masing 2 kes di Kelantan dan Melaka, serta 1 kes di Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan wabak COVID-19, hari ini.

Selain itu, sebanyak 844 pesakit kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 430 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata kes aktif juga kekal tinggi dengan 76,218 pesakit kini dirawat di seluruh negara.

Terdahulu, Malaysia mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 9,020 kes baharu, hari ini.

Seramai 9,015 kes melibatkan warga negara Malaysia dan selebihnya bukan warganegara.

Manakala, bagi kes pulih, Noor Hisham berkata 5,527 kes sembuh sepenuhnya daripada virus itu dan ia menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dalam negara meningkat kepada 479,666 kes. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply