Home Pertahanan dan Keselamatan Bayi antara 33 PATI Indonesia ditahan di Semenyih

Bayi antara 33 PATI Indonesia ditahan di Semenyih

by Nurulhuda

SEMENYIH, 29 Mei – Seorang bayi perempuan antara 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan dalam dua tangkapan berasingan oleh anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, Khamis lalu.

Pegawai Pemerintah Bn 4 PGA, Superintenden Rizal Mohamed berkata, tangkapan pertama, seramai 5 lelaki dan 4 wanita warga Indonesia berumur antara 16 hingga 46 tahun telah ditahan di Jalan Sungai, Serdang, Kapar.

Manakala, tangkapan kedua pula melibatkan seramai 16 orang lelaki dan 9 perempuan warga Indonesia berumur 21 hingga 50 tahun bersama seorang bayi perempuan berusia setahun 4 bulan berhampiran sebuah kolam udang di Assam Jawa, Kuala Selangor.

“Hasil siasatan lanjut, kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot serta mendarat di pesisir pantai Selangor,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Kapar serta Balai Polis Kuala Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga Petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM),” tambahnya.

Rizal dalam masa yang sama, turut menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada PDRM berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply