Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan warga Flipina salah guna permit kerja

Polis Marin tahan warga Flipina salah guna permit kerja

by Air Times News Network

LABUAN, 27 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Persekutuan Labuan telah menahan seorang lelaki warganegara Filipina kerana salah guna permit kerja sewaktu rondaan Op Benteng COVID-19 di kawasan pelabuhan, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Persekutuan Labuan, ASP Saidul Maruf Rosli berkata, pemeriksaan anggota PPM ke atas krew bot nelayan di kawasan tersebut mendapati seorang warga Filipina berusia 37 tahun telah menyalahgunakan permit kerja.

“Lelaki yang ditahan berkerja sebagai juragan telah melanggar syarat permit kerjanya yang sepatutnya bekerja disektor lain,

“Kesalahan dilakukan dibawah Peraturan 39(b), Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan pas,

“Lelaki tersebut diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wilayah Persekutuan Labuan untuk siasatan lanjut.” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman media sosial rasmi Pasukan Polis Marin Wilayah 4, Sabah.

Menerusi kenyataan itu, Saidul turut menyeru kerjasama orang ramai agar sentiasa menyalurkan sebarang maklumat terutama melibatkan kesalahan di perairan kepada PPM Wilayah 4, Sabah melalui aplikasi WhatsApp di nombor 013-2831197. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply