Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup 1,500 telur penyu

Polis Marin gagalkan cubaan seludup 1,500 telur penyu

by Air Times News Network

SANDAKAN, 26 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya mengagalkan cubaan seludup telur penyu untuk di pasarkan kepada orang awam di perairan Batu 3, Sandakan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata, hasil daripada maklumat pemantauan pegawai dan 6 anggota unit Risikan Marin (URM) mendapati sebuah pump bot yang membawa sejumlah telur penyu telah disembunyikan di dalam bot tersebut.

“Apabila Jurangan menyedari kehadiran PPM, jurangan bertindak memecut laju bot ke tepi pantai dan melarikan diri,

“Hasil pemeriksaan mendapati 3 guni berisi 1,500 telur penyu di percayai akan di pasarkan kepada orang awam di sekitar pasar Sandakan,” katanya.

Tambah Rusdin, nilai rampasan termasuk bot dan enjin pump bernilai RM4,450.00 dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sandakan.

“Kes disiasat dibawah kesalahan Enakmen Pemulihan Hidupan Liar 1997,

“PPM menggalukan maklumat dari masyarakat terutama masyarakat maritim dan persisir pantai supaya menyalurkan maklumat aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah,” ujarnya.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply