Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Johor musnahkan bom lama

Polis Johor musnahkan bom lama

by Air Times News Network

MUAR, 26 Mei – Polis Johor telah menjalankan tindakan pemusnahan sebutir bom lama ataupun Unexploded Ordnance (UXO) jenis Aerial 40lbs yang ditemui di sebatang tiang lampu bernombor 15, Parit 10, Parit Yusof, semalam.

Bom UXO tersebut dijumpai dalam keadaan berkarat dan dipenuhi tanah oleh seorang pemilik ladang, Mohd Hulifah Yusof sewaktu menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan terbabit.

Hulifah seterusnya memaklumkan kepada anggota Balai Polis Parit Jawa untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama anggota UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar telah menjalankan tindakan pemusnahan.

Dalam satu kenyataan menerusi laman media sosial rasmi Polis Johor, pihak UPB percaya objek tersebut digunakan sewaktu era menentang komunis satu masa dahulu.

Tindakan pemusnahan UXO berkenaan telah dijalankan secara In Situation (In-Situ) dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik.

Kerja-kerja pembersihan turut dilakukan bagi memastikan kawasan tersebut bebas dari sebarang bahan letupan lain.

Sehubungan itu, Polis Johor menggesa orang ramai yang menjumpai objek mencurigakan atau dipercayai bom agar melaporkan dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Diingatkan juga supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply