Home Semasa COVID-19: Malaysia catat rekod tertinggi dengan 7,289 kes baharu

COVID-19: Malaysia catat rekod tertinggi dengan 7,289 kes baharu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Malaysia sekali lagi mencatat angka jangkitan tertinggi dengan 7,289 kes baharu direkodkan, hari ini.

Ini merupakan kali pertama, angka jangkitan melebihi paras 7,000 kes semenjak wabak ini melanda negara pada setahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, penambahan ini menjadikan jumlah kumulatif kes harian di Malaysia meningkat sebanyak 525,889 kes.

Menurutnya, negeri Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi, dengan 2,642 kes.

Ia diikuti, Johor (664), Kuala Lumpur (604), Sarawak (513), Kelantan (425), Negeri Sembilan (410), Pulau Pinang (380), Kedah (336), Terengganu (268), Sabah (266), Melaka (258), Perak (218), Pahang (211), Labuan (63), Putrajaya (23) dan Perlis (8). – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply