Home Semasa Dakwa Nilai terletak di Selangor, polis siasat pemilik Facebook N9 Radar

Dakwa Nilai terletak di Selangor, polis siasat pemilik Facebook N9 Radar

by Nurulhuda

NEGERI SEMBILAN, 24 Mei – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pemilik akaun Facebook yang disyaki mendakwa Nilai 3 kini terletak dalam negeri Selangor.

Ketua Polis Daerah Nilai, Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik akaun Facebook N( Radar itu boleh mengakibatkan kegentaran awam.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah memulakan satu siasatan berhubung kenyataan yang boleh menyebabkan kegentaran awam yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook N9 Radar,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Fazley menegaskan, bahawa Nilai 3 adalah kawasan dalam pentadbiran Negeri Sembilan dan bukannya terletak dalam negeri Selangor.

“Kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook N9 Radar boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai,

“Pemilik akaun Facebook N9 Radar dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk memberi keterangan,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memuat naik atau berkongsi apa-apa kenyataan atau berita yang tidak benar di laman sosial dan terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply