Home SemasaGlobal Genjatan senjata: Khabar gembira, kemenangan untuk Palestin dan kemanusiaan – Abdul Hadi

Genjatan senjata: Khabar gembira, kemenangan untuk Palestin dan kemanusiaan – Abdul Hadi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Pengumuman gencatan senjata oleh kedua-dua pihak pejuang Hamas dan Zionis Yahudi telah memberi khabar gembira serta kemenangan untuk Palestin dan kemanusiaan.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, peristiwa terbaharu ini telah membuka mata umat Islam dan dunia terhadap perjuangan Palestin dan kebiadapan Israel.

“Kini masa untuk mencari penyelesaian, melindungi keadilan, mengembalikan keamanan, dan membina semula Palestin secara bersama, didokong oleh kesatuan Umat Islam seluruhnya,

“Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim,” katanya menerusi hantaran di media sosial rasminya, hari ini.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menerusi ciapan di twitternya berkata, Malaysia menggesa dunia menumpukan perhatian kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula Palestin.

“Sekarang ini, masa untuk memberi tumpuan kepada bantuan kemanusiaan dan pembinaan semula untuk rakyat Palestin,

“Serangan Israel telah menyebabkan ratusan orang mati, ribuan lagi cedera. Malaysia mengucapkan takziah kepada semua mangsa,” katanya.

Awal pagi tadi, Israel dan Hamas telah bersetuju untuk melakukan gencatan senjata bagi mengakhiri pertempuran selama 11 hari. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply