Home Semasa Desak Amerika Syarikat henti jual senjata api, salur dana kepada Israel – Pemuda PH

Desak Amerika Syarikat henti jual senjata api, salur dana kepada Israel – Pemuda PH

by Admin

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Pemuda Pakatan Harapan menyeru kerajaan Amerika Syarikat untuk menghentikan sebarang penjualan senjata api dan dana ketenteraan kepada Israel setelah lebih daripada 200 orang Palestin termasuk wanita serta juga kanak-kanak terkorban selain ribuan yang lain tercedera.

Ketua Pemudanya, Shazni Munir Mohd Ithnin turut menyeru kerajaan Amerika Syarikat untuk memantau dan memastikan Israel mematuhi gencatan senjata terutamanya apabila melihat Israel mempunyai kecenderungan melanggar perjanjian gencatan senjata seperti yang berlaku pada tahun 2014.

“Rekod menunjukkan, kerajaan Amerika Syarikat memberi dana sebanyak US$3.8 bilion setiap tahun kepada negara penjenayah Israel.

“Kami juga mengambil maklum usaha yang diambil Presiden Amerika Syarikat, Mr. Joe Biden bersama dengan Kerajaan Mesir dalam mencapai gencatan senjata yang sangat penting ini walaupun kami percaya bahawa ia sepatutnya berlaku jauh lebih awal,” katanya.

Shazni yang merupakan Ketua Pemuda Amanah menegaskan, pembunuhan warga Palestin yang tidak bersalah termasuk orang awam, wanita dan kanak-kanak di Gaza merupakan tindakan jenayah perang serta melampaui batas kemanusiaan oleh kerajaan Israel yang diketuai oleh Angkatan Tentera Israel (IDF).

Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin bersama Naib Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman selepas menyerahkan memorandum Pemuda Pakatan Harapan di depan pintu masuk Kedutaan Amerika Syarikat, hari ini.

Tambah Shazni, partinya berdiri teguh bersama Resolusi yang dicadangkan di dalam Dewan Senat Amerika Syarikat oleh Senator Bernie Sanders bahawa kerajaan Amerika Syarikat menghentikan rancangan menjual senjata sebanyak US$735 Juta kepada Israel.

“Kami percaya bahawa ia tidak pernah lebih jelas bahawa Israel telah melakukan pelbagai kesalahan hak asasi manusia dan jenayah perang selama ini,

“Kami mendesak agar Kerajaan Amerika Syarikat terutamanya Tuan Presiden Joe Biden membuktikan kepada rakyat Amerika dan juga kepada dunia ini, bahawa kepimpinannya sememangnya percaya dan mempertahankan hak asasi manusia dan bahawa semua nyawa itu penting,” tambahnya.

Terdahulu, Shazni dan Naib Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman menyerahkan memorandum di depan pintu masuk Kedutaan Amerika Syarikat, hari ini.

Dalam masa yang sama, kira-kira 15 kenderaan kenderaan dan motosikal telah membuat konvoi dengan mengibarkan bendera Palestin dan Malaysia, sebagai simbolik mendesak kerajaan Amerika Syarikat mempastikan pematuhan kepada gencatan senjata Israel-Hamas yang telah dipersetujui.

 

Sehingga awal pagi tadi waktu Malaysia, serangan Israel terhadap Gaza yang bermula pada 11 mei lalu telah mengakibat seramai 232 nyawa rakyat Palestin terkorban, termasuk 65 kanak-kanak.

Angka korban Zionis Israel pula disahkan setakat ini seramai 12 orang dengan ratusan cedera dalam serangan roket Hamas.

Pagi tadi, Hamas setuju melakukan genjatan senjata diadakan selepas 11 hari pertempuran yang menyaksikan ratusan korban.

Gencatan senjata itu diraikan penduduk Palestin yang membanjiri jalanan selepas 11 hari terpaksa melindungkan diri daripada serangan Israel. -airtimes.my

Galeri Gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply