Home Semasa COVID-19: Penggunaan katil ICU cecah 83 peratus di seluruh negara

COVID-19: Penggunaan katil ICU cecah 83 peratus di seluruh negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 di seluruh negara telah mencapai 83 peratus, pada Khamis.

Beliau berkata, keadaan tersebut menyebabkan sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan orang ramai untuk putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah. Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP),

“Majikan diseru untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya.

Menurutnya, 11 negeri dengar kadar penggunaan tinggi katil melebihi 70 peratus.

Antara negeri dan wilayah tersebut adalah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah, Sarawak, Putrajaya, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

Manakala, sebanyak 32 hospital kerajaan di seluruh negara merekodkan penggunaan katil tinggi melebihi 70 peratus. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply