Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan 2 bot, salah guna lesen kargo

Polis Marin tahan 2 bot, salah guna lesen kargo

by Air Times News Network

LABUAN, 20 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Persekutuan (WP) Labuan berjaya menahan 2 buah bot di perairan Ujung Pasir kerana membawa penumpang tanpa lesen yang sah, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM WP Labuan, ASP Saidul Maruf Rosli berkata, PPM telah menahan 2 buah bot yang sedang menghantar penumpang sewaktu sedang melaksanakan rondaan di perairan tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap lesen bot didapati telah didaftarkan bagi tujuan kargo,

“Bot tersebut telah beroperasi sebagai bot penumpang menggunakan lesen kargo dan melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1960,” katanya menerusi laman media sosial rasmi Pasukan Polis Marin Wilayah 4, Sabah.

Tambahnya, ini merupakan kesalahan kerana menggunakan bot bagi tujuan yang tidak dilesenkan.

“Kes ini akan dirujuk ke Jabatan Pelabuhan dan Dermaga (JPDS) untuk tindakan lanjut dan kompoun akan dikeluarkan atas setiap kesalahan,

“PPM akan mempergiatkan pemeriksaan untuk menguatkuasakan undang-undang maritim agar tiada lagi kesalahan sebegini dilakukan oleh orang awam,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply