Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan bot tunda dan barge tiada dokumen pelepasan

APMM tahan bot tunda dan barge tiada dokumen pelepasan

by Air Times News Network

MIRI, 20 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri telah menahan sebuah bot tunda membawa barge dengan muatan batu kerikil tanpa dokumen pelepasan pelabuhan di Miri, petang semalam.

Pengarah APMM  Miri, Kepten Maritim Md. Fauzi Othman berkata, APMM Miri telah mengesan sebuah bot tunda bersama barge yang mencurigakan sedang bergerak di perairan Baram pada jarak lebih kurang 1.7 batu nautika barat laut Kuala Baram.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tunda dan barge tersebut telah gagal mengemukakan dokumen vesel dan dokumen pelepasan pelabuhan (Port Clearance),

“Bot tersebut telah dikendalikan 3 kru lelaki warga tempatan dan seorang warga Indonesia. Kesemua kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap,

“Bot tunda dan barge serta muatan batu kerikil 1,300 tan metrik itu diiring ke Kawasan Bersauh Baram untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat,

“Kes tersebut disiasat di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Kastam 1967,” katanya.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply