Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia sedia hantar anggota tentera bagi misi pengaman ke Palestin

Malaysia sedia hantar anggota tentera bagi misi pengaman ke Palestin

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=nCiU6yBsvis[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Malaysia sedia menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi misi pengaman di Palestin, sekiranya mendapat permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia tidak boleh menghantar anggota tentera secara bersendirian ke Palestin kerana terikat dengan undang-undang antarabangsa.

“Kalau PBB meminta negara-negara seperti Malaysia untuk menghantar tentera dibawah panji PBB sebagai misi pengaman bangsa-bangsa bersatu..Insyallah,

“Tetapi ianya mesti ditentukan oleh PBB. Malaysia tidak boleh membuat keputusan unilateral untuk hantar, tetapi mesti dibawah jemputan PBB dan panji-panji PBB, bukannya dibawah negara kita sendiri, jadi itu peraturannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat Kesiagaan Perkhidmatan Kesihatan ATM Dalam Membantu Negara Menghadapi Wabak COVID-19 di Hospital Angkatan Tuanku Mizan, hari ini.

Tambahnya, Malaysia sebelum ini telah banyak menghantar anggota tentera untuk misi pengaman menerusi panji-panji PBB.

“Memang kita ada hantar pasukan pengaman bawah panji PBB ke Lubnan, Filipina, Sudan, Sierra Leone, Congo dan sebagainya,

“Tetapi semuanya dibawah panji-panji PBB, bukan berdasarkan setiap negara boleh sesuka menghantar tentera mereka ke negara lain,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply