Home Pertahanan dan Keselamatan ATM sentiasa pantau aspek keselamatan dan pertahanan siber

ATM sentiasa pantau aspek keselamatan dan pertahanan siber

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Aspek keselamatan dan pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa di pantau sebilang masa bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat ditangani sewajarnya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata demikian susulan tular arahan dan langkah sewajarnya yang perlu diambil oleh pentadbir sistem siber (ICT) ATM dan Kementerian Pertahanan yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM atau Cyber Defence Operation Center (CDOC).

Menurut Affendi, arahan yang dikeluarkan itu adalah sebagai normal praktis kepada aspek peringatan.

“Tindakan serta langkah-langkah sewajarnya yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir sistem siber sebagai langkah menangani apa jua kemungkinan tindak balas serangan siber oleh anasir-anasir asing yang boleh mengganggu pengoperasian sistem siber dan ICT ATM serta Kementerian Pertahanan,

“Adalah ditegaskan bahawa ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa melalui peranan yang digerakkan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta CDOC,

“Langkah yang di ambil bagi memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, tular notis dalaman yang dikeluarkan oleh CDOC pada Sabtu menyatakan infrastruktur siber ATM menjadi sasaran negara tersebut sebagai serangan balas oleh beberapa kumpulan penggodam di Malaysia. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply