Home Semasa Kekejaman Israel: OIC, PBB perlu henti pencabulan Palestin – Ismail Sabri

Kekejaman Israel: OIC, PBB perlu henti pencabulan Palestin – Ismail Sabri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Semua pihak dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan seluruh dunia Islam perlu mengambil tindakan tegas dan bertindak menghentikan kekejaman oleh Israel terhadap Palestin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pencerobohan ataupun serangan tentera Israel ke atas Palestin bukan saja tidak berperikemanusiaan, malah mencabuli hak rakyat di wilayah tersebut.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan tanpa perikemanusiaan rejim Zionis Israel ke atas bumi Palestin khususnya di Masjid Al-Aqsa yang dibuat beberapa hari menjelang 1 Syawal,

“Ini bukan kali pertama Israel menyerang Palestin ketika umat Islam berada dalam fasa terakhir Ramadan dan sedang bersiap bagi menyambut ketibaan Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, isu Palestin ini adalah merupakan isu kemanusiaan sejagat yang perlu diberi perhatian oleh dunia.

Sehubungan itu, kesengsaraan dan penderitaan umat Islam di bumi Palestin perlu dihentikan.

“Buat seluruh umat Islam khususnya di Malaysia, marilah kita bermunajat untuk kesejahteraan umat Islam di sana dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti kepada saudara kita di bumi Al-Quds,” tambahnya. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply