Home Pertahanan dan Keselamatan Hospital Medan di Kapit mula beroperasi sepenuhnya

Hospital Medan di Kapit mula beroperasi sepenuhnya

by Nurulhuda

KAPIT, 11 Mei – Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditubuhkan di Kapit telah mula beroperasi sepenuhnya, petang semalam.

Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) dalam kenyataan berkata, pesakit pertama dibawa dari Hospital Daerah Kapit ke Hospital Medan ATM adalah bagi mendapatkan rawatan susulan pasca pembedahan pembuangan nanah.

Menurutnya, seramai 3 pegawai perubatan ATM bersama 35 anggota ditempatkan di hospital berkenaan.

“Mereka turut dibantu 4 orang Staf Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Hospital Daerah Kapit,”katanya.

Hospital medan itu berfungsi sebagai tempat rawatan bagi pesakit bukan kes COVID-19.

Ianya berkemampuan untuk menempatkan 40 katil dan pesakit pada suatu masa dan boleh ditingkatkan kapasitinya mengikut keperluan semasa.

Hospital Medan ini berfungsi untuk merawat pesakit bukan kes COVID-19 yang diterima dari Hospital Daerah Kapit dan dijangka akan beroperasi selama 3 bulan tertakluk kepada keadaan dan keperluan semasa. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply