Home Semasa Imigresen nafi mesej tular sekat rakyat Malaysia pulang ke tanah air

Imigresen nafi mesej tular sekat rakyat Malaysia pulang ke tanah air

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 8 Mei – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan satu mesej tular mendakwa pihaknya mengeluarkan arahan untuk menyekat kepulangan rakyat Malaysia di luar negara ke tanah air sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula, semalam.

JIM menerusi hantaran di laman media sosial rasminya menafikan kesahihan mesej tular berkaitan sekatan tersebut.

“Ia adalah tidak benar dan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam hantaran itu.

Menurut kenyataan itu, mesej palsu tersebut didapati menggunakan nama Ketua Pengarah JIM, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud.

Orang ramai disarankan agar tidak menyebarkan maklumat yang boleh mengelirukan dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

“Segera laporkan kepada JIM jika terdapat sebarang maklumat yang meragukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil,” jelasnya.

Tambahnya, maklumat terkini berkaitan JIM boleh didapati menerusi portal www.imi.gov.my atau menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply