Home Semasa Bazar Ramadan dan Aidilfitri tutup mulai Isnin – Ismail Sabri

Bazar Ramadan dan Aidilfitri tutup mulai Isnin – Ismail Sabri

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyatakan Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di zon Perintah Kawalan Pergerakan akan ditutup mulai Isnin ini.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) akan ditutup selama 3 hari.

“Premis yang tersenarai  dalam  sistem  HIDE kerana  dikenalpasti  sebagai  lokasi  berisiko  kepada  penularan kes COVID-19 akan diarahkan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta merta,” ujar beliau. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply