Home Semasa COVID-19: Malaysia catat 4,498 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam

COVID-19: Malaysia catat 4,498 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam

by M.Daim

PUTRAJAYA, 7 Mei – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan jumlah jangkitan baharu COVID-19 adalah sebanyak 4,498 kes.

Beliau dalam satu hantaran di akaun Twitter rasminya berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 meningkat kepada 432,425 kes.

Selangor menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes jangkitan baharu iaitu sebanyak 1,424 kes, diikuti 750 di Sarawak dan Kuala Lumpur 327.

Kali terakhir negara merekodkan kes jangkitan baharu lebihi paras 4,000 adalah pada 4 Februari lalu dengan 4,571 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply