Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan bot Vietnam ceroboh perairan Kemaman

APMM tahan bot Vietnam ceroboh perairan Kemaman

by Nurulhuda

KEMAMAN, 7 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman telah menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama 4 kru termasuk tekong warga Vietnam yang didapati menceroboh perairan di sekitar perairan Terengganu, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, bot nelayan Vietnam dengan nombor pendaftaran KG 2040 TS dikesan melalui penglihatan dan radar sekitar jam 11.15 pagi, ketika melaksanakan rondaan Operasi Naga Barat serta Operasi Iman.

“Semasa usaha untuk merapat, bot nelayan tersebut telah bertindak merentangkan tali pukat dan cuba melarikan diri menuju ke arah sempadan perairan antarabangsa, namun telah berjaya dipintas dan ditahan pada jam 12.15 tengah hari di kedudukan 58 batu nautika timur laut Kuala Kemaman,

“Pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati 4 kru termasuk tekong warga Vietnam berusia 23 hingga 42 tahun,

“Kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, serta bot tidak mempunyai dokumen yang sah,

Rashidilhadi berkata, anggota turut merampas bekalan diesel yang beranggaran 1,000 liter dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

“Bot, tahanan dan rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman,

“Semua tahanan akan menjalani saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum kes diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk siasatan lanjut,

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan dalam perairan negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Dalam masa yang sama, Rashidilhadi berakta, operasi membanteras kegiatan pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam ini akan diteruskan tanpa henti.

“APMM juga akan menggunakan pelbagai kaedah pelaksanaan operasi bagi melindungi hasil laut negara dan khazanahnya daripada dicuri dan dirompak oleh nelayan-nelayan asing,” tambahnya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply