Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: APMM tahan 6 nelayan Indonesia ceroboh perairan Pulau Kendi

Op Benteng: APMM tahan 6 nelayan Indonesia ceroboh perairan Pulau Kendi

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 5 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot bersama 6 nelayan Indonesia menerusi Op Benteng pada kedudukan 33 batu nautika barat Pulau Kendi, pada Isnin.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abdul Razak Mohamed berkata, KM Burau ketika melakukan rondaan telah mengesan bot tersebut dalam kawasan perairan Malaysia pada jam 12.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot dikendalikan oleh tekong bersama 5 kru warga Indonesia, berusia lingkungan 20 hingga 42 tahun dan telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,

“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 59/63 iaitu tinggal atau berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah dan Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 kerana gagal melaporkan kepada pihak berkuasa untuk memasuki perairan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, kesemua mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Mereka juga boleh dikenakan sebatan tidak melebihi enam kali.

Menurut Abdul Razak, bot dan kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung di Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Pulau Pinang bagi tindakan lanjut. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply