Home Pertahanan dan Keselamatan PGA rampas mercun bernilai lebih RM500 ribu di Kajang

PGA rampas mercun bernilai lebih RM500 ribu di Kajang

by Air Times News Network

KAJANG, 4 Mei – Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Semenyih berjaya merampas 451 kotak mercun pelbagai jenis dengan anggaran bernilai RM507,700.00 menerusi Op Kontranban dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Bistari, Taman Universiti, Sungai Tangkas Kajang, pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, pasukannya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun.

“Hasil pemerikasaan, mercun yang dirampas tidak disenaraikan dalam senarai yang diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun 2021,

“Turut dirampas beberapa unit telefon bimbit untuk tindakan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah lebih kurang RM509,600.00,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyimpanan dan pengedaran mercun di sekitar Lembah Klang.

“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207),” ujarnya.

Dalam masa sama, Rizal turut menyeru agar masyarakat memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply