Home Pertahanan dan Keselamatan PRU-15: Veteran tentera sedia ubah nasib rakyat – Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Johnny Loh

PRU-15: Veteran tentera sedia ubah nasib rakyat – Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Johnny Loh

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Bgli1NgVkMY[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia untuk mengubah dan membela nasib rakyat sekiranya terpilih sebagai wakil pemimpin dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Bakal calon yang akan mewakili Parti Veteran ATM di kawasan Parlimen Wangsa Maju, Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Johnny Loh TUDM berkata, tujuan utama bekas pesara tentera menyertai PRU-15 adalah untuk memperbaiki keadaaan semasa negara serta bagi menghormati pilihan yang dipilih oleh rakyat.

“Kita nampak pilihan rakyat kini tidak dihormati, kehendak rakyat tidak diendahkan,

“Jadi veteran rasa perlu masuk bertanding. Jalan terakhir yang boleh membawa satu suara bagi mengubah keadaan dan nasib rakyat dengan melalui Parlimen,

“Kita mahu ubah nasib rakyat supaya negara balik kepada tahap yang sepatutnya berada dan kita terus akan maju kehadapan,

“Sekarang Malaysia ketinggalan, kemunduran, kalau dibandingkan pada keadaan yang sepatutnya berada,” jelanya kepada pemberita semalam.

Veteran ATM sedang berusaha untuk menentukan serta memajukan golongan veteran tentera agar kehidupan mereka lebih selesa dan terjamin – Parlimen Wangsa Maju, Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Johnny Loh TUDM. Foto: AirTimes/Ahmad Danish

Johnny menambah, bekas tentera ini akan meneruskan perjuangan bagi membantu rakyat dan negara sama seperti ketika mereka sedang berkhidmat dahulu.

“Pelbagai perkara yang kami sedang usahakan untuk menentukan serta memajukan golongan veteran tentera agar kehidupan mereka lebih selesa dan terjamin,

“Kalau boleh kami hendak memberi peluang pekerjaan yang lebih sempurna kepada veteran yang memerlukan,” tambahnya.

Semalam, Johnny bersama 4 lagi calon Parti Veteran ATM telah menyerahkan sumbangan 120 kampit beras kepada veteran tentera di kawasan parlimen Wangsa Maju.

Beliau juga telah memperkenalkan bakal-bakal calon yang akan bertanding di kawasan Parlimen sekitar Kuala Lumpur yang dikenal pasti termasuklah Parlimen Setiawangsa dan Bandar Tun Razak. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply