Home Semasa COVID-19: 2,500 kes baharu, 18 kematian

COVID-19: 2,500 kes baharu, 18 kematian

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Kes harian baharu COVID-19 di negara hari ini mencatatkan penurunan dengan mencatatkan sebanyak 2,500 kes, berbanding 3,418 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, penambahan tersebut menjadikan jumlah kes kumulatif jangkitan di dalam negara kini sebanyak 417,512 kes.

Manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 30,753 kes.

“Selangor masih merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 637 kes,

“Daripada jumlah ini, sebanyak 541 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 401 kes dan Sarawak sebanyak 356 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia, hari ini.

Sementara itu, katanya sebanyak 2,068 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 385,208 kes.

Selain itu, Dr Noor Hisham mengesahkan sebanyak 18 kes kematian di catatkan pada hari ini yang melibatkan 7 kes di Selangor, 3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing 2 kes di Sarawak dan Kelantan, serta masing-masing 1 kes di Negeri Sembilan, Kedah, Johor, dan Sabah.

“Sebanyak 17 kes kematian melibatkan warganegara dan 1 kes bukan warganegara,” tambahnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan terdapat 9 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 3 kluster komuniti dan kluster tempat kerja, dua 2 kluster sektor pendidikan termasuk 1 kluster institusi pendidikan KPM, serta 1 kluster pusat tahanan. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply