Home Pertahanan dan Keselamatan Veteran ATM bakal tubuh parti politik bertanding untuk PRU-15

Veteran ATM bakal tubuh parti politik bertanding untuk PRU-15

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=VsSSNMG5H8s[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Koordinator Parti Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Kolonel (Bersara) Jalil Ithnin TUDM hari ini memberi bayangan Veteran ATM akan menubuhkan parti politiknya sendiri.

“Niat kami hendak bawa isu veteran ke Parlimen dan kami telah kenal pasti 5 orang calon yang berwibawa yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 di Parlimen sekitar Kuala Lumpur,

“Mejar (Bersara) Mior Rosli TUDM akan bertanding di Setiawangsa, beliau mempunyai Ijazah Sarjana dalam undang-undang,

“Kita mempunyai Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Johnny Loh TUDM yang pernah berkhidmat sebagai juruterbang ketika menentang insurgensi,

“Kami juga ada Mejar Jeneral Datuk Sharuddin Abdullah sebagai bekas jurutera. Jadi kami tidak ada kekurangan dan kepincangan untuk mewujudkan calon bagi mewakili veteran,” katanya kepada pemberita ketika di temui di PPR Air Panas, Setapak, hari ini.

Jalil berkata kesemua mereka akan bertanding di kawasan masing-masing untuk membantu kerajaan dan juga rakyat, selain menaikkan taraf hidup para veteran tentera.

“Bukan kami nak memaksa, tapi kenangkanlah jasa-jasa kami dahulu. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang kami ada, akan kami hulurkan kepada rakyat,

“Kami berjuang semasa dalam tentera dan selepas habis tentera juga, kami berjuang untuk kebaikan rakyat serta negara,” ujarnya.

Menurutnya, kumpulan veteran ini juga menghadapi masalah dari segi bantuan dan kewangan.

“Tuntutan kami memang jelas, kami menuntut penerimaan pencen bagi golongan veteran yang menamatkan perkhidmatan lebih awal,

“Kalau kerajaan boleh bagi wakil rakyat yang berkhidmat hanya 3 atau 5 tahun pencen, apa salahnya beri pencen kepada mereka yang telah berkhidmat untuk negara sampai ada yang terkorban demi mempertahankan negara,

“Dulu mereka masuk hutan 3 bulan tidak tengok anak bini, berapa gaji yang meraka dapat?, lepas tolak peruntukkan isteri yang tinggal hanya RM50 hingga RM60 sahaja. Masa itu keadaan susah sangat,

“Tapi kini, kerajaan seolah-olah tidak mengiktiraf pengorbanan tentera ini. Semua gimik sahaja, terutamanya bila tiba musim Pilihan Raya, askar sana sini, menyanyi di televisyen sahaja,

“Tetapi pada hakikatnya, ramai veteran yang mengadu kepada saya tentang masalah yang meraka dihadapi. Permasalahan mereka adalah dari segi pencaturan perkhimatan dan juga ekonomi,”tambahnya.

Beliau menambah jalan terakhir untuk menentukan rintihan veteran ini didengar adalah melalui Parlimen.

Terdahulu, Johnny Loh bersama bakal-bakal calon yang akan mewakili veteran ATM telah menyampaikan sumbangan beras kepada veteran tentera di kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Sementara itu, Pegawai Waran II (B) Ooi Chai Thuan TUDM yang telah menyumbangkan lebih 50 kampit beras 5 kilogram kepada veteran pada hari ini sebagai sokongan kepada wakil veteran yang akan bertanding dalam PRU ke-15 nanti.

Veteran ATM tidak bohong rakyat, apa yang kami mahukan adalah satu suara di Parlimen. – Pegawai Waran II (B) Ooi Chai Thuan TUDM. Foto: AirTimes/Danish

“Saya sudah lama beri beras kepada orang-orang miskin, masa saya dengar veteran hendak masuk Parlimen saya rasa saya kena campur tangan juga,

“Kerana veteran bukan orang politik yang boleh bohong rakyat. Veteran ATM tidak biasa bohong, apa yang kita mahukan satu sauara di Parlimen,

“Saya setuju dengan mereka dan ingin hulurkan kerjasama dengan memberikan sumbang sekampit beras sebagai permulaan,

“Kita hanya mahukan satu suara di Parlimen, dan sebab itulah kami memberi sokongan kepada bakal pemimpin yang mewakili kami,” jelas Ooi. –artimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply