Home Semasa Ops Benteng: 7 PATI ditahan, 5 kenderaan dirampas

Ops Benteng: 7 PATI ditahan, 5 kenderaan dirampas

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan seramai 7 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI telah ditahan  dalam Operasi Benteng (Op Benteng).

Selain daripada itu, sebanyak 5 buah kenderaan darat turut dirampas.

Menurut beliau, aktiviti penglihatan dilaksanakan di kawasan perairan negara.

“Sebanyak 125 bot dan kapal telah dikesan melalui 12 aktiviti penglihatan di perairan negara,” ujarnya.

Tambah beliau, sebanyak 273 Sekatan Jalan Raya Op Benteng dilaksanakan di seluruh negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply