Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Helang Rimba asah kepakaran anggota 17 RAMD (Para) tangani perang insurgensi

Eksesais Helang Rimba asah kepakaran anggota 17 RAMD (Para) tangani perang insurgensi

by Nurulhuda

MELAKA, 2 Mei – Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD) (Para) telah melaksanakan Eksesais HELANG RIMBA Siri 1/2021 bagi meningkatkan kemahiran anggota dalam menangani ancaman insurgensi dan Ilmu Medan Perang (IMP) yang bermula pada 26 hingga 30 April 2021.

Markas 10 Briged (Para) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, seramai 4 orang pegawai dan 102 anggota telah terlibat dengan latihan yang diadakan di sekitar kawasan Kem Terendak, Melaka.

Eksesais yang berkonsepkan Peperangan Menentang Insurgensi (PMI) ini juga adalah sebagai persiapan pasukan sebelum menghadapi Eksesais PARA PREDATOR Siri 1/2021 dan Eksesais GERAK PANTAS Siri 25/2021 pada bulan Jun depan.

“Pelaksanaan eksesais ini dimulakan dengan kelas teori dan praktikal diikuti dengan latihan medan,

“Beberapa senario telah diwujudkan bagi menguji perancangan dan perlaksanaan setiap lapisan pegawai serta anggota. Ia merangkumi latihan menangkis serang hendap berkenderaan, ronda tempur, serang hendap kawasan dan serangan khemah musuh beserta perlaksanaan kawad-kawad asas menduduki pangkalan serta disiplin di medan,” katanya.

Selain itu, Fasa After Action Review (AAR) turut dilaksanakan bagi memastikan segala penemuan dan kekurangan dapat diperbaiki. –airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply