Home SemasaGlobal Tentera Laut Rusia lancar peluru berpandu supersonik di Laut Hitam

Tentera Laut Rusia lancar peluru berpandu supersonik di Laut Hitam

by M.Daim

MOSKOW, 30 Apr – Tentera Laut Rusia hari ini telah melaksanakan ujian penembakan peluru berpandu kruis anti kapal di Laut Hitam.

Menurut kementerian pertahanan Rusia, peluru berpandu tersebut kali pertama dilancarkan dari kapal kruiser Moskva.

“Ini merupakan kali pertama Moskva melancarkan peluru berpandu Vulkan,” katanya di akaun Twitter.

P-1000 Vulkan merupakan peluru berpandu P-500 Bazalt yang telah ditingkat upaya.

Peluru berpandu seberat2 tan ini berupaya untuk mengempur sasaran sejauh 800 kilometer dan terbang pada kelajuan Mach 2.5. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply