Home Semasa 134 individu leka berhibur dikompaun

134 individu leka berhibur dikompaun

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 April  – Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur menerusi Operasi Khas Pematuhan SOP COVID-19 telah melakukan serbuan dan menahan 134 individu di pusat hiburan Paramount Club di Jalan Kia Peng, semalam.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, SAC Datuk Azman Ayob berkata, serbuan dilakukan pada 28 April jam 9.40 malam hingga 29 Apr 21 jam 1.30 pagi.

“Seramai 30 pegawai dan anggota dari IPK Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan IPD Sentul telah mengeluarkan kompaun kepada 79 lelaki dan 55 wanita atas kesalahan perlanggaran SOP COVID-19,

“Dari jumlah itu, seramai 132 individu berbangsa Cina, 2 Melayu serta satu kompaun dikeluarkan terhadap pemilik pusat hiburan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 18, PPPD PPB (No.4) 2021.

“Operasi ini akan dilakukan dari semasa ke semasa demi memastikan SOP COVID-19 yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi,

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang telah ditetapkan demi memutuskan rantaian wabak COVID-19 di negara ini, tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply