Home SemasaGlobal Ekonomi tidak akan pulih sepenuhnya jika COVID-19 gagal di atasi – Pengerusi Rizab AS

Ekonomi tidak akan pulih sepenuhnya jika COVID-19 gagal di atasi – Pengerusi Rizab AS

by M.Daim

WASHINGTON, 29 Apr – Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Jerome Powell menegaskan  ekonomi tidak akan pulih sekiranya ancaman wabak pandemik COVID-19 belum berakhir.

Beliau dalam satu sidang media berkata, faktor kawalan penularan wabak memberi kesan secara langsung kepada pemulihan ekonomi.

“Ekonomi tidak akan pulih sehingga masyarakat berasa selamat untuk kembali melakukan aktiviti mereka terutamanya yang melibatkan orang ramai,

“Ada sektor ekonomi tidak dapat dipulihkan sepenuhnya sehingga wabak tersebut berjaya diatasi,” kata Powell.

Beliau menambah, Amerika Syarikat sedang giat melaksanakan pemulihan ekonomi dengan melaksanakan pembelian aset dan perubahan polisi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply