Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 73 PATI Filipina ditahan cuba ceroboh masuk Sabah

Op Benteng: 73 PATI Filipina ditahan cuba ceroboh masuk Sabah

by Air Times News Network

SANDAKAN, 25 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan 73 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina yang cuba menceroboh masuk ke Malaysia di kawasan Laut Batu 2, Sandakan, kelmarin.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Sandakan, Deputi Superintendan Polis Rusdin Banin berkata, pada jam 2.30 pagi semasa pasukan melaksanakan rondaan Operasi Benteng (Op Benteng) telah mendapati 2 buah kapal jenis kayu telah dikesan dan di tahan di kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan yang di lakukan kepada kapal tersebut mendapati 2 lelaki warga Filipina berusia 25 tahun dan 55 tahun telah membawa penumpang seramai 73 orang,

“Penumpang kapal tersebut adalah PATI warganegara Filipina yang terdiri daripada 26 lelaki dewasa, 26 perempuan dewasa, 13 kanak-kanak lelaki dan 8 orang kanak-kanak perempuan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Tambahnya, PATI di syaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Kesemua PATI yang di tahan dibawa ke Pangkalan PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes di siasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

“PPM Sandakan akan terus melaksanakan operasi-operasi sebegini bagi mencegah dan seterusnya menghapuskan aktiviti-aktiviti penyeledupan migran di daerah Sandakan khasnya,” jelasnya.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply