Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat tahan 19 PATI Indonesia ceroboh masuk Malaysia

Tentera Darat tahan 19 PATI Indonesia ceroboh masuk Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Apr – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menahan 19 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang ceroboh masuk ke Malaysia melalui jalan tidak sah, semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, kumpulan pos pemerhati yang membuat rondaan pada jam 2.38 pagi telah mengesan individu mencurigakan di kawasan berhampiran Kompleks Imigeresen, Kastam dan Kuarintin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar.

“Hasil penjejakan yang dilakukan berjaya menahan seorang wanita sedang bersembunyi di kawasan belukar,

“Pemeriksaan yang diilakukan terhadap wanita tersebut merupakan warganegara Indonesia telah gagal mengemukakan pengenalan diri serta pas perjalanan yang tidak sah serta membuat pengakuan masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan,” katanya.

Hasil maklumat tersebut, Tim Quick Reeaction Force (QRF) bersama Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) telah di aturgerakan bagi membuat penjejakan di kawasan berkenaan.

Susulan pada itu, sekitar jam 3 pagi, tim QRF berjaya menahan 16 PATI yang terdiri daripada 3 lelaki dan 13 wanita sedang bersembunyi di kawasan hutan berhampiran dipercayai menunggu kenderaan tekong untuk dibawa keluar dari tempat tersebut.

“Hasil daripada siasatan yang dilakukan kepada semua tahanan telah berjaya menahan 2 lagi PATI yang sedang bersembunyi di kawasan belukar barhampiran jalan menghala ke Desaru,

“Kesemua 19 PATI terdiri daripada 5 lelaki dan 14 wanita warganegara Indonesia berusia 28 hingga 40 tahun di percayai baru masuk ke Malaysia menggunakan laluan tidak sah,” ujarnya.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM27,4577.20 yang melibatkan matawang Malaysia berjumlah RM13,788.60 dan matawang Indonesia berjumlah IDR 6,631,893,75 (RM1,874.27), 17 buah telefon bimbit serta barang kemas.

“Kesemua PATI yang ditahan di bawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang bagi menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigeresen Malaysia (JIM) Setia Tropika, Kempas,” tambahnya.- airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply