Home PolitikBarisan Nasional Shahidan digugur sebagai Pengerusi UMNO Perlis berkuatkuasa hari ini

Shahidan digugur sebagai Pengerusi UMNO Perlis berkuatkuasa hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Apr – Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan dari jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis berkuatkuasa hari ini.

Shahidan digantikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi UMNO Negeri Perlis.

Perkara itu dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu kenyataan hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim digantikan kepada Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar Perlis,

“Pertukaran ini berkuatkuasa mulai hari ini. Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Shahidan Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply