Home Semasa Satu lagi maahad tahfiz di Kelantan dikenakan PKPD

Satu lagi maahad tahfiz di Kelantan dikenakan PKPD

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Apr – Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 6 Mei berikutan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 46 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 28 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021,

Menurutnya, PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM membuat tindakan pengawalan jangkitan dan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar.

Sebelum ini, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Machang, Kelantan dikenakan PKPD bermula semalam sehingga 4 Mei.
Beliau berkata, pelaksanaan PKPD tersebut dikenakan ekoran peningkatan kes positif COVID-19 di lokaliti tersebut.

“Sehingga kini, sebanyak 243 ujian saringan dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan daripada jumlah tersebut, 97 kes positif direkodkan,” ujarnya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply