Home Semasa Bantuan khas Aidilftri RM500 untuk penjawat awam

Bantuan khas Aidilftri RM500 untuk penjawat awam

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 22 Apr – Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua pejawat awam Gred 56 ke bawah pada 6 Mei ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, bantuan ini termasuk kakitangan contract of service, contract for service, pegawai sambilan harian serta lantikan dibawah MySTEP.

Manakala, pesara kerajaan pula akan menerima bantuan sebanyak RM250.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini,

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021,” katanya.

Katanya, bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

“Pengumuman pemberian bantuan ini dibuat lebih awal daripada tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri,” jelasnya.

Dalam pada itu, kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringgankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply