Home Semasa Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang pula dikenakan PKP mulai esok

Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang pula dikenakan PKP mulai esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Apr – Selepas 7 daerah di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) pada Jumaat lalu, kini 3 lagi jajahan di negeri tersebut iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang dikenakan PKP mulai esok sehingga 29 April 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan berlakunya peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di 3 daerah tersebut.

“KKM melaporkan terdapat peningkatan kes aktif sebanyak 83.9% dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 18 kes kepada 112 kes dan ketiga-tiga jajahan ini telah bertukar kepada zon merah,

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di 3 daerah di negeri Kelantan bermula 22 hingga 29 April 2021,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan PKP, hari ini.

Beliau menegaskan, pelaksanaan PKP ini adalah untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan lain. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply