Home Pertahanan dan Keselamatan Arman dilantik Pengerusi RAMD Ke-32

Arman dilantik Pengerusi RAMD Ke-32

by Air Times News Network

SUNGAI BESI, 21 Apr – Warga Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) kini telah bertukar teraju pimpinannya apabila satu Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi RAMD diadakan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, semalam.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi laman media sosialnya berkata, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman telah menyerahkan tugas tersebut kepada Panglima Divisyen Kedua Infantri, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

Majlis telah disaksikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain serta pegawai kanan TDM.

“PTD dan warga TDM merakamkan ucapan terima kasih kepada Mohammad, di atas sumbangan beliau selama menerajui RAMD,

“Ucapan tahniah juga dipanjangkan kepada Arman, selaku Pengerusi RAMD Ke-32 yang baharu,” ujar kenyataan itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Ketua Staf Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Subari Tomo dan Pengarah Infantri, Brigedier Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply