Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat bantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 hantar PPE di Sabah

Tentera Darat bantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 hantar PPE di Sabah

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 20 Apr – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengaturgerakan aset dan anggotanya bagi membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri dalam proses penghantaran peralatan perlindungan peribadi (PPE) di Sabah.

Pihak Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dalam hantaran di media sosialnya berkata, anggota Kompeni Angkut 71 Bn KPD (KA 71 Bn KPD) telah diaturgerak dalam membantu bagi mengambil dan menghantar sebanyak 189,900 helai pelitup muka dan 2,925 hand sanitizer ke 5 lokasi berbeza seluruh Sabah.

Menurutnya, program bantuan yang telah dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah ini turut disertai oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Program bantuan sebegini juga dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kesiapsiagaan TDM dalam menghulurkan sebarang bentuk bantuan dan pelbagai aspek,” tambahnya.

Sehingga semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan, sebanyak 125 kes positif COVID-19 direkodkan dan ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri bawah bayu sebanyak 56,910 kes.

“2 kes kematian juga telah direkodkan di daerah Tawau melibatkan warga emas yang mempunyai penyakit kronik,” katanya.

Selain itu, seramai 1,008 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 309 orang di hospital, 635 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 64 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

Manakala, bilangan pesakit dalm Unit Rawatan Rapi (ICU) pula ialah seramai 55 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply