Home SemasaGlobal Amerika Syarikat keluarkan amaran penerbangan di ruang udara Rusia-Ukraine

Amerika Syarikat keluarkan amaran penerbangan di ruang udara Rusia-Ukraine

by M.Daim

WASHINGTON, 20 Apr – Pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengeluarkan notis amaran penerbangan di ruang udara Ukraine dan Rusia.

Dalam 2 notis berasingan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu, FAA menegaskan ketegangan di kawasan sempadan kedua-dua negara itu membahayakan operasi penerbangan pesawat komersil.

“Kawasan berisiko utama adalah di zon pertempuran dan sempadan Rusia-Ukraine,

“Oleh itu, mana-mana pihak yang melakukan penerbangan di kawasan terlibat perlu mengambil langkah berjaga-jaga,” kata FAA.

Tambahnya, pesawat komersil yang melalui kawasan tersebut akan disalah anggap oleh pihak tertentu dan sekaligus membahayakan pesawat serta penumpang.

Jelas FAA, mana-mana pihak syarikat penerbangan AS yang ingin melalui kawasan itu perlu mengeluarkan notis rancangan perjalanan sekurang-kurangnya dalam tempoh 72 jam.

Larangan terbaharu ini sekaligus menggelakkan tragedi MH17 pada 17 Julai 2014 berulang.

Dalam tragedi malang meragut 298 nyawa tersebut, pesawat milik syarikat Malaysia Airlines (MAS) telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu anti-pesawat ketika melalui Donetsk, Ukraine.

MH17 pada ketika itu berada dalam perjalanan dari Amsterdam ke KLIA.

Walaupun siasatan telah dijalankan, dalang sebenar di sebalik peristiwa terbabit masih belum diketahui.

Selain daripada itu, siasatan insiden MH17 turut menjadi salah satu pertelagahan diplomatik antara Rusia dan Ukraine serta negata Barat. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply