Home Pertahanan dan Keselamatan Persatuan Veteran 8 RRD PARA bantu 50 asnaf dan ibu tunggal

Persatuan Veteran 8 RRD PARA bantu 50 asnaf dan ibu tunggal

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=oB-rQuBxlsw[/embedyt]

 

BUKIT BERUNTUNG, 18 Apr – Seramai 50 orang penduduk Flat Kenanga MK Land, Bukit Beruntung menerima sumbangan barangan makanan dari Persatuan Veteran Rejimen Renjer Diraja PARA (8 RRD PARA), hari ini.

Pegawai Perhubungan Persatuan Veteran 8 RRD PARA, Pegawai Waran II (Bersara) Zazali Md Said berkata, aktiviti yang diusahakan oleh persatuan ini adalah bagi membantu golongan asnaf, fakir miskin, anak-anak yatim serta penduduk yang terkesan akibat penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Kami sebagai veteran ATM diamanahkan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan – Pegawai Perhubungan Persatuan Veteran 8 RRD PARA, Zazali Md Said. Foto: Airtimes/Danish

Beliau berkata, pembelanjaan untuk aktiviti persatuan ini adalah dari MIC Hulu Selangor selain sumbangan dari penaja-penaja yang memberi kerjasama, termasuklah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM).

“Sebelum ini persatuan tertumpu kepada membantu golongan veteran ATM, tetapi apabila wabak pandemik melanda negara, kami turut membantu orang awam,

“Kami sebagai veteran ATM diamanahkan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan. Sejak bulan Mac 2020, persatuan ini telah bergerak melaksanakan aktiviti seperti ini,

“Persatuan turut menerima sumbangan daripada peniaga-peniaga dan agensi awam untuk menampung perbelanjaan aktiviti ini,” jelasnya ketika Majlis Berbuka Puasa dan Pemberian Sumbangan Barangan Makanan kepada penduduk Flat Kenanga MK Land, pada hari ini.

Zazali turut berharap dan menyeru kepada individu-individu dan pihak-pihak tertentu tampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan dan kerjasama dengan persatuan-persatuan veteran dalam membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Saya rayu mana-mana persatuan bukan kerajaan (NGO) bantulah rakyat yang dalam kesusahan, ada diantara mereka diberhentikan kerja dan kurang pendapatan harian,

Jasa vPersatuan veteran 8RRD PARA harus dipuji walaupun mereka telah menamatkan perkhidmatan di dalam ATM semanagt untuk membantu rakyat tetap ada. – Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan. Foto: AirTimes/ Danish

“Tidak kira mana-mana agensi sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), ATM atau badan-badan swasta untuk turun sama-sama membantu rakyat,” tambahnya.
Sementara itu, Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan berasa bangga dengan gerak kerja yang dilakukan oleh Persatuan Veteran 8 RRD ini dalam membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Program ini bukan kali pertama, kerana persatuan telah melaksanakan pelbagai program lain sebelum ini. Aktiviti tersebut sangat memberangsangkan,

“Persatuan ini turut merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa di kawasan-kawasan lain serta akan menyerahkan barangan keperluan makanan kepada penduduk setempat,” tambahnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada persatuan ini dan menyatakan jasa para veteran harus dipuji walaupun mereka telah menamatkan perkhidmatan di dalam ATM.

“Pelbagai program yang mereka lakukan, terima kasih kepada mereka. Walaupun mereka sudah bersara tetapi semangat dan jiwa untuk mambantu rakyat masih menebal,

“Program ini sangat bagus. Apa yang persatuan mohon dalam membantu melaksanakan program seperti ini, saya akan cuba usahakan,” jelasnya kepada pemberita ketika ditemui di Bazar Ramadhan Bukit Sentosa.

Terdahulu, persatuan telah menyerahkan 100 bekas bubur lambuk di Masjid Assalam Bukit Sentosa untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Sementara itu, T. Mohan juga telah turut sama membantu mengagihkan 50 bekas bubur lambuk di Bazar Ramadhan Bukit Sentosa. –airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply