Home Pertahanan dan Keselamatan Tidak serik, 2 PATI Indonesia ditahan lagi di lorong tikus

Tidak serik, 2 PATI Indonesia ditahan lagi di lorong tikus

by Nurulhuda

TAWAU, 17 Apr – Hasrat 2 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk memasuki negara bagi menapatkan pekerjaan di sektor perladangan gagal, apabila ditahan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di sekitar Serudung, Tawau, semalam.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dalam kenyataan berkata, penahanan tersebut telah dilakukan oleh Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) yang melaksanakan Operasi Benteng (Op Benteng) di kawasan tanggungjawab.

“Kumpulan Ronda Jarak Jauh (RJJ) 7 RAMD telah diaturgerakan selepas menerima maklumat berkenaan penglihatan aktiviti lintas sempadan oleh individu disyaki PATI di laluan tidak sah yang telah dikenalpasti,

“Kumpulan SERKAP berjaya menangkap seorang PATI hasil serbuan yang dilakukan manakala seorang lagi PATI berjaya melarikan diri menuju ke arah Indonesia,

“Walaubagaimanapun, PATI yang melarikan diri berjaya ditangkap semula tidak lama kemudian,” jelas kenyataan itu.

Hasil siasatan lanjut yang dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) mendapati tujuan kedua-dua PATI memasuki Malaysia adalah bertujuan untuk bekerja di sektor perladangan sekitar Kalabakan.

Menurutnya, berdasarkan rekod, ini adalah kali kedua PATI tersebut memasuki Malaysia setelah pernah ditahan dan diusir pulang ke Indonesia pada 12 April 21 yang lalu.

“PATI dan barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis kalabakan untuk diambil tindakan lanjut,” tambahnya.

Pihak 5 Div menjelaskan, pasukannya akan mempertingkatkan lagi kawalan sempadan untuk mengekang kemasukan PATI ke dalam negara serta memastikan Op BENTENG diperkukuhkan demi menjaga kedaulatan dan keselamatan negara. –airtimes

 

Related Articles

Leave a Reply