Home Semasa 2,331 jangkitan baharu, Selangor kembali rekod kes tertinggi

2,331 jangkitan baharu, Selangor kembali rekod kes tertinggi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Apr – Malaysia hari ini mencatatkan 2,331 kes positif wabak COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di twitternya berkata, penambahan kes positif tersebut sekaligus mencatatkan jumlah keseluruhan pesakit di negara ini sebanyak 372,859 kes.

Beliau turut memaklumkan, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu hari ini dengan 751 kes, diikuti dengan Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (252).

Selain itu, Kelantan pula telah merekodkan sebanyak 225 kes, Sabah (163) kes; Pulau Pinang (116); Johor (100); Negeri Sembilan (89); Kedah (45); Perak (42); Pahang (20); Melaka (9); Putrajaya (4), Labuan (2) dan Perlis (1).

Manakala di Terengganu tiada kes positif dilaporkan pada hari ini. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply