Home Semasa Guan Dee dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

Guan Dee dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 16 Apr – Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Senator Datuk Guan Dee Bin Koh Hoi dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Guan Dee menggantikan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang meletak jawatan.

Jeffery telah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 29 September 2020.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Guan Dee Bin Koh Hoi senarai Timbalan Menteri Persekutuan,

“Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan pada hari ini,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply