Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Iron Shield uji kepakaran anggota Kompeni Bantuan 10 Briged Para

Eksesais Iron Shield uji kepakaran anggota Kompeni Bantuan 10 Briged Para

by Air Times News Network

GEMAS, 15 Apr – Seramai 4 pegawai dan 78 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari Kompeni Bantuan 10 Briged PARA (10 Bgd Para) telah terlibat dalam Eksesais Iron Shield siri 1/2021 di Lapang Sasar, Asahan Gemas pada 31 Mac hingga 10 April lalu.

Eksesais ini diadakan bagi menguji kompetensi dan kepakaran khusus pasukan dalam menyokong operasi 10 Bgd (Para) sebagai ketumbukan Rapid Deployment Force di dalam Pasukan Atur Cepat Angkatan Tentera Malaysia (PAC ATM).

Kompeni Bantuan Para dalam hantaran di media sosialnya berkata, eksesais ini juga bertujuan untuk mempersiapkan pasukan sebelum di aturgerak dalam Eksesais Para Predator siri 1/21 dan Eksesais Gerak Pantas siri 25/21 yang dijangka akan berlangsung pada pertengahan tahun ini.

“Pasukan telah memaksimakan ruang disepanjang eksesais dengan melaksanakan latihan kepakaran termasuk tugas DFSB bagi menyokong operasi raid, link up, anti armor dan bantuan tembakan pada waktu malam menggunakan Night vision goggles (NVG),

“Pasukan turut melaksanakan penggunaan NVG melalui latihan pemanduan taktikal di waktu malam,” katanya.

Sementara itu, Panglima 10 Bgd (Para) Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal turut menyertai anggota menjalani latihan dengan mempamerkan kecekapan mengendalikan senjata anti armor M72, Heavy Machine Gun dan Automatic Grenade Launcher selain melihat aturgerak Kompeni Bantuan Para. –airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply