Home Teknologi Pertahanan TLDM guna teknologi laser cladding pertama di Malaysia

TLDM guna teknologi laser cladding pertama di Malaysia

by Air Times News Network

IPOH, 13 Apr – Ketua Jurutera Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk lr. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung bersama deligasi dari Institut Penyelidikan Sains dan Tekonologi Pertahanan (STRIDE) telah melaksanakan lawatan kerja ke Syarikat Tai Chong Marine Engineering Sdn Bhd (TC Marine), semalam.

TLDM menerusi laman media sosial rasminya berkata, lawatan ini adalah berdasarkan Engineering Directive yang dikeluarkan Ketua Jurutera TLDM melalui Engineering Release (EngR) No. 4 pada tahun 2020.

“Lawatan adalah bertujuan untuk meninjau keupayaan pemesinan menggunakan teknologi laser cladding,

“EngR ini menjadikan TLDM sebagai entiti pertama di Malaysia yang menetapkan selenggaraan shafting peralatan yang berisiko terdedah kepada air laut,” kata kenyataan itu.

TC Marine adalah merupakan syarikat pertama yang menyambut baik keperluan TLDM apabila EngR dikuatkuasakan. Laser cladding diyakini bukan sahaja memenuhi keperluan TLDM dan hasil Analisa  dilaksanakan mendapati ianya memberi pulangan pelaburan kepada kerajaan berbanding kaedah sebelum ini iaitu White Metal Spray.

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Wartsila dan Labuan Shipyard & Engineering yang merupakan pemain dalam industry itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply