Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia, New Zealand komited teruskan kerjasama pertahanan dua hala

Malaysia, New Zealand komited teruskan kerjasama pertahanan dua hala

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Apr – Malaysia dan New Zealand komited dalam meneruskan kerjasama antara kedua-dua negara di bawah Aturan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya dari New Zealand, Peeni Henare yang menekankan kepentingan kerjasama dua hala dalam bidang pertahanan itu semasa persidangan video, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya dari New Zealand, Peeni Henare yang menekankan kepentingan kerjasama dua hala dalam bidang pertahanan itu semasa persidangan video, semalam. FOTO: FB Kementerian Pertahanan

“Walaupun berdepan situasi pandemik COVID-19 sekarang, kedua-dua menteri menyatakan komitmen bersama mereka terhadap FPDA dan Mesyuarat FPDA di Malaysia sempena ulang tahun ke-50 penubuhannya pada tahun ini,” menurut kenyataan Kementerian Pertahanan semalam,

Kedua-dua menteri turut menyatakan sokongan terhadap aktiviti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk latihan dan eksesais ketenteraan dua hala.

“Mereka juga membincangkan keperluan untuk mengukuhkan kerjasama mengenai keselamatan siber di antara kedua-dua negara,” tambahnya.

Selain itu, pihak Kementerian Pertahanan menyatakan, kedua-dua menteri turut berkongsi perkembangan terbaharu mengenai situasi pandemik COVID-19 semasa dan pelaksanaan program vaksinasi COVID-19 di kedua-dua negara. –airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply