Home Semasa 6 negeri termasuk KL kekal PKPB sehingga 28 April 2021

6 negeri termasuk KL kekal PKPB sehingga 28 April 2021

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Apr – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak dilanjutkan lagi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan PKPB dilanjutkan berikutan pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan kes positif COVID-19 semakin meningkat di negeri-negeri tersebut.

Manakala, 10 negeri lain iaitu Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan pula kekal status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Pengekalan dan pertukaran status PKPB dan PKPP bagi negeri-negeri ini akan berkuat kuasa bermula 15 hingga 28 April 2021 kecuali Sarawak yang akan bermula esok (13 Apr) sehingga 26 April 2021,

“Walaubagaimana pun, rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti perlancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPB yang menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar
dengan MOTAC,

“Pergerakan rentas daerah masih dibenarkan seperti biasa kecuali di kawasan Sabah dan Sarawak yang tidak dibenarkan oleh kerajaan negeri masing-masing,” katanya dalam sidang media mengenai perlaksanaan PKPP, hari ini. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply