Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 43 PATI ditahan, 3 kenderaan darat dirampas semalam – Ismail Sabri

Op Benteng: 43 PATI ditahan, 3 kenderaan darat dirampas semalam – Ismail Sabri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Apr – Seramai 43 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 3 kenderaan darat turut dirampas dalam operasi tersebut.

“Sebanyak 153 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui 11 aktiviti penglihatan dan seramai 3 orang PATI telah diusir melalui 2 aktiviti pengusiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sejumlah 257 sekatan jalan raya (SJR) turut diadakan semalam membabitkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain.

“Ia membabitkan 198 SJR dilaksanakan ATM, PDRM dan RELA menerusi Op Penawar, selain 50 menerusi Op Benteng PDRM dan 9 menerusi Op Benteng AKSEM,” ujarnya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata menerusi Task Force Operasi Pematuhan seramai 92 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu, 88 dikompaun manakala 4 lagi direman.

“Antara kesalahan yang direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal sebanyak 43; rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (21); gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (21); tidak memakai pelitup muka (5) dan premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (2),” jelasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply