Home Semasa COVID-19: 1,126 penularan tempatan, 13 kes import dikesan

COVID-19: 1,126 penularan tempatan, 13 kes import dikesan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Apr – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 1,139 kes positif baharu COVID-19 setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini ialah 339,067 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, 1,126 kes membabitkan penularan tempatan dan 13 warga asing.

Beliau berkata, 13 kes import dilaporkan hari ini membabitkan 7 rakyat tempatan dan 6 rakyat asing.

Manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 14,097 kes pada hari ini.

“Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 332 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 276 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 294 kes dan Johor sebanyak 102 kes,

“Sebanyak 27 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (19 kes), Kluster Tembok Tapah (4 kes), Kluster Tembok Sri Aman (3 kes), dan Kluster Tembok Choh Dua (1 kes),” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa wabak COVID-19, hari ini.

Sementara bagi kes sembuh, Malaysia mencatatkan sebanyak 1,199 kes dan jumlah keseluruhan kes sembuh di Malaysia sebanyak 339,067 kes.

Terdapat juga sebanyak 194 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 86 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mengesahkan terdapat pertambahan sebanyak 4 kes kematian dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini mencatatkan sebanyak 1,304 kes.

“Terdapat 4 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 2 kes di Sarawak dan masing-masing 1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor,

“Kesemua kes kematian melibatkan warganegara,” ujarnya.

KKM turut menjelaskan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, melibatkan 6 kluster tempat kerja, 2 kluster komuniti, serta masing-masing 1 kluster pusat tahanan dan kluster import.–airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply