Home Semasa 3 kampung di Terengganu, 1 di Sabah dikenakan PKPD mulai esok

3 kampung di Terengganu, 1 di Sabah dikenakan PKPD mulai esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Kerajaan hari ini memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di 3 kampung di Terengganu dan sebuah kampung di Sabah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu dilaksanakan di Kampung Belaoh, Kampung Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Belaoh Baru dan Kampung Keruak, Mukim Hulu Besut, Terengganu.

Selain itu, Kampung Murni C, Nabawan di Sabah turut dikenakan PKPD bermula esok sehingga 20 April 2021.

Keempat-empat lokaliti ini dikenakan PKPD berikutan pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai berlakunya penularan dan peningktan jangkitan COVID-19 dalam kalangan penduduk di kampung tersebut dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

“Sehingga kini, secara kumulatif KKM telah melaksanakan sebanyak 58 ujian saringan di Mukim Hulu Besut, Terengganu dan daripada jumlah itu, 6 orang disahkan positif COVID-19,

“Manakala, KKM telah melaksanakan 17 ujian saringan dan daripada jumlah itu,sebanyak 6 kes positif COVID-19 telah direkodkan,

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di 3 lokaliti tersebut bermula 7 April sehingga 20 April 2021,” katanya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bergerakan (PKPB), hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk bagi memastikan tiada jangkitan dalam komuniti. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply